• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Solat Jumaat Dalam Talian – Mufti Perlis

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Solat Jumaat tidak boleh didirikan secara bersendirian atau mengikut imam secara dalam talian termasuk rakaman secara langsung disiar aplikasi media sosial sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata perkara itu dilihat tidak munasabah, sekali gus tidak menzahirkan sifat solat Jumaat itu sendiri.

Katanya, isu ini mula timbul apabila ia dicadang dilakukan beberapa pihak di Eropah sehingga majlis fatwa negara berkaitan terpaksa mengeluarkan fatwa melarang ia dilaksana atas beberapa faktor.

“Terdapat ayat di dalam al-Quran menerangkan solat Jumaat memerlukan individu membuat persediaan dengan bergerak ke masjid awal dan lain-lain untuk menunaikannya.

“Jika seseorang menunaikannya berseorangan di rumah, maka ia seakan tiada makna dan tidak menepati tuntutan al-Quran dalam mendirikan solat Jumaat.

“Ulama juga berpendapat bahawa keutamaan asal bersolat adalah mendirikan solat Zohor dan empat waktu lain, manakala solat Jumaat dikhususkan pada hari Jumaat,” katanya ketika menyampaikan kuliahnya di sini, semalam.

Mohd Asri berkata, sekiranya ada pihak menggunakan alasan darurat bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah secara dalam talian, dikhuatiri orang tidak lagi ke masjid.

“Akhirnya nanti orang tidak berjemaah di masjid atas alasan boleh berjemaah dari rumah sahaja melalui siaran langsung dalam talian.

“Ahli fiqh meletakkan syarat bahawa solat berjemaah terlaksana apabila imam dan makmum berhimpun pada satu tempat dan masa yang sama selain makmum boleh melihat pergerakan imam yang tidak terhalang dinding besar mahupun sungai.

“Maka apabila timbul masalah atau situasi seperti ketika ini, maka kembali kepada hukum yang asal iaitu mendirikan solat Zohor,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19dalam talianperintah kawalan pergerakansolat Jumaat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan seramai 21,858 ahli baharu serta bekas ahli yang kembali menyertai parti itu dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd