• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Ingatkan Rakyat Tidak Agungkan PKM

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat agar tidak terkeliru dengan fakta sejarah sebenar berhubung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga mengagung-agungkan pimpinan mereka.

Sultan Sharafuddin bertitah, walaupun PKM dikatakan menentang penjajahan, namun perjuangan mereka bukan berlandaskan konsep pembentukan negara Malaysia merdeka yang berteraskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Baginda turut mengingatkan agar rakyat mendalami dan menghayati sejarah pembentukan negara supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir yang cuba menjejaskan pemikiran rakyat, selain lebih menghargai kehidupan di negara ini.

“Fakta perjuangan ideologi PKM ini merupakan satu fakta sejarah yang perlu rakyat generasi sekarang memahaminya dengan mendalam agar kita tidak terpesong dengan fakta-fakta yang mengelirukan tentang perjuangan mereka.

“Melalui fakta sejarah juga, kita dapat menghargai pengorbanan yang begitu besar yang telah dilakukan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan negara sama ada pasukan PDRM atau pasukan tentera kita terutamanya ketika negara diancam PKM pada sekitar tahun 40-an hingga 70-an,” titah baginda.

Titah baginda, insiden terbabit telah menyebabkan ramai pasukan keselamatan dan rakyat terdiri daripada pelbagai kaum terkorban akibat serangan komunis dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

“Kehidupan rakyat pada ketika itu sentiasa di dalam ketakutan akibat serangan dilakukan oleh anggota PKM ini.

“Banyak perkampungan dan balai polis telah diserang dan rakyat serta anggota polis dibunuh dan diseksa oleh anggota PKM ini,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-74 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Seramai 91 individu menerima darjah dan bintang kebesaran Selangor di istiadat berkenaan.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan rakyat berhati-hati memberi pandangan dan pendapat dengan penyampaian secara berhemah dan berperaturan tanpa mempersoalkan perkara yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu memelihara hati dan perasaan antara kaum agar setiap yang kita tuturkan tidak akan menyakitkan hati mana-mana pihak,” titah baginda.

Dalam masa sama, baginda turut berbangga dengan suasana kehidupan aman dan harmoni khususnya di Selangor melalui persefahaman dan tolak-ansur antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Titah baginda, bukan mudah untuk membina bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu-padu kerana ia memerlukan pengorbanan tinggi dari setiap individu dan menyeru agar rakyat sentiasa bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tags: parti komunis malayaSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Perlu Beri Penjelasan Kenyataan Zuraida

Next Post

Penerbangan Sulung Pesawat Komersial Elektrik Pertama Dunia

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Penerbangan Sulung Pesawat Komersial Elektrik Pertama Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd