• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Perlu Beri Penjelasan Kenyataan Zuraida

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan mengenai kenyataan Naib Presiden parti, Zuraida Kamaruddin berhubung pendiriannya mengenai satu video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus juga membangkitkan satu persoalan adakah sama ada benar Anwar mempercayai dakwaan video itu dan ia sekali gus menuntut penjelasan daripada beliau sendiri.

“Perkongsian pandangan Zuraida berkenaan soal pendirian Presiden berkenaan soal video juga wajar dijelaskan oleh Presiden. Apakah benar Presiden mempercayainya dan ini memerlukan penjelasan daripada Presiden,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Lembaga Disiplin PKR mengambil tindakan tegas terhadap Zuraida kerana melanggar etika dan disiplin parti, dengan lantang mencaci serta menghina kepimpinan parti seperti membongkar beberapa perkara kononnya merupakan perbualannya dengan Anwar sewaktu berucap ketika Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Pada majlis berkenaan, Zuraida mendakwa Anwar cuba meyakinkannya bahawa pelaku dalam video yang tular ketika itu adalah Mohamed Azmin.

Dalam masa sama, Mohd Nazree menambah, ucapan Zuraida dalam majlis makan malam itu terdapat asasnya kerana perselisihan pandangan dalam parti mungkin tidak akan dibesarkan jika pertembungan beberapa isu selepas pemilihan parti dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut persetujuan bersama antara kepimpinan tertinggi parti.

“Pandangan Zuraida yang memberikan maklumat kepada anggota parti berkenaan isu-isu semasa dan pertembungan dalam parti adalah sesuatu sememangnya ditunggu-tunggu ahli parti agar mereka memahami mengapa wujud corak-corak tertentu berbentuk aturan perjalanan dan pentadbiran parti termasuk perjalanan Kongres Nasional PKR 2019 yang lalu.

“Ahli PKR di bawah juga tertanya-tanya apakah sebab parti berantakan termasuk isu antara Presiden dan Timbalan Presiden dan ini sudah pasti ada asas-asasnya. Penjelasan Zuraida adalah wajar kerana dengan maklumat tersebut, mereka boleh menilai mengapa parti boleh terjerumus ke dalam kancah konflik seumpama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nazree mencadangkan Shamsul Iskandar untuk berkongsi maklumat kepada semua ahli parti agar seluruh pihak dapat mengetahui masalah untuk dirungkai dan diselesaikan secara bersama.

“Begitu juga soal kenyataan Ketua Penerangan yang menolak kritikan Zuraida terhadap pimpinan parti yang lain. Ini juga perlu di muhasabah oleh parti apakah sebab-sebab perkara tersebut berlaku dan beliau perlu mengambil tanggungjawab sama kerana kekecohan juga berlaku bermula daripada sesi Kongres Nasional AMK yang mana Ketua Penerangan turut berada dalam majlis tersebut.

“Kongres sepatutnya menjadi medan menterjemah perbincangan, rundingan dan muafakat yang telah pun dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Namun apa berlaku dalam kongres tersebut adalah sesuatu keterlaluan dan di luar hasrat membina muafakat dalam parti dan perjuangan. Ia beralih ke arah menjadi kongres untuk mencerca.

“Saya menyeru supaya seluruh kepimpinan parti menilai semula dapatan kongres ini yang jelas memaparkan bentuk perbahasan provokatif di mana rakyat boleh menilai dan membuat perbandingan antara soal konstruktif dan provokatif. Perbahasan seumpama ini tidak mencerminkan kita sebagai sebuah parti pemerintah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKRZuraida Kamaruddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd