• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Sulung Pesawat Komersial Elektrik Pertama Dunia

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA – Pesawat komersial elektrik pertama di dunia melakukan ujian penerbangan sulungnya semalam dan berlepas dari bandar Vancouver, Kanada.

Dengan menggunakan pesawat tersebut, syarikat penerbangan diharap dapat menghentikan pelepasan pencemaran satu hari nanti.

“Ini membuktikan bahawa penerbangan komersial dalam bentuk elektrik boleh berfungsi,” menurut Roei Ganzarski, Ketua Pegawai Eksekutif MagniX, firma kejuruteraan berpangkalan di Seattle.

Syarikat itu mereka bentuk motor pesawat dan bekerjasama dengan Harbour Air, yang membawa setengah juta penumpang setahun antara Vancouver, resort ski Whistler, pulau berhampiran dan komuniti pesisir.

Ganzarski berkata, teknologi bermakna penjimatan kos yang signifikan bagi syarikat penerbangan.

“Ia menandakan permulaan era baharu penerbangan elektrik,” katanya.

Pesawat laut DHC-2 de Havilland Beaver dengan enam tempat duduk berusia 62 tahun yang ditukar dengan motor elektrik itu telah diterbangkan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Harbour Air, Greg McDougall.

Bagaimanapun, Harbour Air perlu menunggu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum ia boleh menukar lebih 40 pesawat laut miliknya kepada elektrik. – Agensi

Tags: Kanadapesawat komersial elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

21/10/2025
0

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan nada tegas mengumumkan bahawa negaranya akan menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu...

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

12/07/2024
1

MONTREAL : Kanada menetapkan zon perlindungan marin terbesar di negara itu di luar pantai Vancouver, ke arah melindungi satu pertiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd