• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Perkenan Solat Jumaat Di Perak Mulai Esok

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Hanya 12 orang daripada kalangan ahli jawatankuasa kariah dan pegawai masjid atau surau sahaja dibenarkan mendiri solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid serta surau di Perak bermula esok sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari, berkata perkara itu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri (JFN) Perak berpandukan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan tertakluk kepada syarat yang mesti dipatuhi.

Bagaimanapun, masjid serta surau di Perak masih tidak dibuka kepada orang awam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, antara garis panduan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Kariah dikehendaki menentukan bilangan 12 jemaah terbabit termasuk imam dan khatib, selain dikehendaki menyelesaikan perlaksanaan tuntutan kedua-dua solat berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 20 minit.

Beliau berkata, khutbah bagi kedua-dua solat itu hendaklah dilakukan secara ringkas dan padat dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit berpandukan teks yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).

“Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah solat Aidilfitri dihadkan tidak melebihi 20 minit.

“Jawatankuasa kariah masjid dan surau bagaimanapun dibenar menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli-ahli kariah di sekitar masjid dan surau.

“Kesemua jemaah juga dimestikan mengambil langkah yang perlu termasuk penyusunan saf dan kedudukan antara jemaah seperti mana prosedur ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrul Azam berkata, garis panduan itu antara lain menyatakan individu berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan hadir di samping setiap jemaah dikehendaki berwuduk serta membawa sejadah masing-masing dari rumah sebelum hadir ke masjid mahupun surau.

Katanya, setiap jemaah dikehendaki membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan, serta merekodkan kehadiran dalam buku selain mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.

“Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan seumpamanya tidak dibenarkan hadir selain tiada sebarang jamuan di masjid atau surau dibenarkan selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri,” katanya.

Katanya lagi, kebenaran mendirikan kedua-dua solat itu di sesebuah masjid atau surau boleh ditarik kembali sekiranya syarat yang ditetapkan gagal dipatuhi pengerusi jawatankuasa kariah masjid atau surau terbabit.

“JAIPK akan mengeluarkan satu garis panduan kaedah pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat di negeri Perak serta selanjutnya menyelia dan memastikan garis panduan dipatuhi,” katanya. – BH Online

Tags: Perakperintah kawalan pergerakan bersyaratsolat Jumaatsolat sunat aidilfitri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Covid-19 Tak Mungkin Dapat Dihapuskan – WHO

Next Post

Muhyiddin Hadir Sidang DUN Johor

Related Posts

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

Muhyiddin Hadir Sidang DUN Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd