Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Sindir Azmin Kami...

KUALA LUMPUR - "Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang "legislator","...

2 Remaja Wanita Dakwa...

2 Remaja Wanita Dakwa Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan! http://t.co/HUCUaHg1UV @Azizulhelmy @hafizkenny @HimpunanLawak—...

Siak Antara 116 Individu...

KUANTAN - Seorang siak antara 116 individu yang ditahan dalam Op Sarang yang...

Spice Girls Tangguh Konsert...

KUMPULAN bintang pop Hollywood, Spice Girls yang ditubuhkan pada tahun 1994 dikhabarkan akan...

“Suami Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah

TUN Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan bahawa beliau tidak bertudung kerana dilarang oleh suaminya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan isu kontroversi larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan oleh sesetengah hotel di negara ini.

“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Baca: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing

Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan biadab hotel itu, Siti Hasmah menjawab:

“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan. Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.

“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yang berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.

“Tengok macam Perancis,” kata Siti Hasmah lagi. – www.malaysiakini.com

Kategori