• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SJR Diatur Semula Di KL, Selangor, Putrajaya

oleh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekatan jalan raya di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diatur semula di sempadan daerah tiga kawasan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryll Sani Abdullah Sani berkata, sekatan jalan raya akan diadakan sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

“Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Selangor akan mengaturkan pergerakan penugasan setiap anggota di kawasan sekatan jalan raya berkenaan.

“Polis menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berada di rumah jika tiada keperluan penting,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Menurutnya, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. – myMetro Online

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratSekatan Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PN Berterima Kasih Atas Sokongan Terhadap Muhyiddin

Next Post

PKPB Di Seluruh Sabah Bermula Tengah Malam Ini

Related Posts

SJR Tak Dilaksanakan Selepas Rentas Negeri Dibenarkan

07/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa mereka yang belum divaksinasi selepas kebenaran rentas...

“Terima Kasih Kerana Bantu Jaga SJR” – PM

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada semua anggota penguat kuasa yang membantu operasi sekatan jalan...

Next Post

PKPB Di Seluruh Sabah Bermula Tengah Malam Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd