• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SJR Tak Dilaksanakan Selepas Rentas Negeri Dibenarkan

oleh
07/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa mereka yang belum divaksinasi selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan dalam tempoh beberapa hari lagi kerana ia akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang ada mengkaji cadangan wajib melaksanakan ujian kendiri kepada mereka yang menolak divaksinasi jika ingin merentas negeri.

Menurutnya, bagaimanapun tidak ada cara untuk menguatkuasakan cadangan itu kerana SJR tidak akan dilaksanakan selepas rentas negeri dibenarkan.

“Takkan la kita kena buat SJR dan periksa setiap orang yang merentas negeri di mana jika masih belum divaksin perlu buat ujian di situ (lokasi SJR).

“Jika itu dibuat saya rasa rakyat akan marah jika berlaku kesesakan jalan di mana mereka sudah menunggu untuk balik ke kampung, tiba-tiba ada SJR,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Khairy berkata, ia tidak sama dengan gelembung pelancongan Langkawi yang mana jumlahnya tidak ramai dan ujian itu boleh dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Jika semua jalan masuk di seluruh negara ingin diperiksa ini sangat mustahil tetapi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada akan terus diguna.

“Maksudnya SOP sedia ada tidak membenarkan mereka yang belum divaksin ‘dine in’ di kedai makan akan tetap terpakai,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak boleh mengawal mereka yang belum divaksin merentas negeri tetapi jika mereka pulang ke kampung dan cuba ‘dine in’ di kedai makan tetap tidak akan mendapat kebebasan itu.

“Kita tidak mahu terlalu banyak SOP soal rentas negeri ini sebab sudah ramai menunggu kebebasan untuk pulang ke kampung dan takkan kita mahu suruh mereka memohon kebenaran polis lagi untuk merentas negeri.

“Bagi golongan antivaksin jika mereka melakukan perkara yang tidak dibenarkan tetap akan dikenakan tindakan,” katanya.

Katanya, beliau juga sudah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus melaksanakan Op Patuh di mana polis akan kedai makan secara rawak dan memeriksa sama ada mereka sudah divaksin atau belum.

“Jika belum divaksin pelanggan dan pemilik premis akan dikompaun manakala bagi yang ingin merentas negeri nanti perlu sentiasa berhati-hati dan mengikut SOP sedia ada,” katanya. – myMetro Online

Tags: KKMrentas negeriSekatan Jalan Rayavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd