• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Berterima Kasih Atas Sokongan Terhadap Muhyiddin

oleh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan tertinggi dan ahli Parlimen daripada parti komponen serta rakan kongsi politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menzahirkan sokongan padu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sokongan tersebut melambangkan bahawa kesemua parti politik yang menyokong kerajaan PN bersama dalam menghadapi situasi pandemik koronavirus (Covid-19) dan cabaran ekonomi ketika ini sekali gus menolak sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Tatkala penularan Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia, kerajaan PN memberikan tumpuan penuh untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat.

“PN menyeru kepada semua rakyat untuk terus bersatu hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjagaan kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi bersama-sama mengulangi kejayaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, PAS sekali lagi menegaskan bahawa kesemua 18 ahli Parlimen mereka menyokong Muhyiddin mengetuai PN.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti tersebut menyifatkan langkah yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu sebagai tindakan terdesak. – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenMuhyiddin Yassinperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd