Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Zika Selamat Lahirkan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah...

Hukuman ‘Avatar’ Jika Tak...

Moscow - Seorang remaja lelaki diwarnakan biru oleh pemandu teksi di Novokuznetsk, Russia...

Jangan Cap Saya Rasis...

PUTRAJAYA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau...

Polis Tahan Pemandu Pada...

VIRAL di laman sosial, beberapa gambar anggota polis trafik menahan kereta yang berada di...

Seleweng Dana: Shafie Naik Ambulans Direman 4 Hari

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal direman selama empat hari mulai hari ini.

Ia bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewengan mega dana pembangunan luar bandar di seluruh Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini juga untuk prosedur penahanan Mohd Shafie, 60, sehingga 23 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Presiden Parti Warisan Sabah itu menaiki ambulans dari Hospital Queen Elizabeth II ke kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk proses reman pada pukul 2.15 petang.

Beliau bagaimanapun berpakaian baju putih dan seluar hitam biasa dan tidak pakai baju warna jingga bertulis ‘Lokap SPRM’ seperti tahanan lain sebelum ini.

Tertuduh Mohd. Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Sementara itu, seorang jurutera awam yang juga perunding sebuah syarikat, Amarjit Singh turut direman selama enam hari bermula pada hari ini.


Amarjit, 47, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangannya di pejabat SPRM Sabah semalam berhubung penyelewengan dana berkenaan.

Dengan penahanan Mohd. Shafie dan jurutera berkenaan, jumlah individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan isu dana di Sabah kini berjumlah 11 orang.

Dua daripada 11 individu berkenaan ialah adik kepada Mohd. Shafie iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal.

Daripada jumlah tersebut, lapan daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM secara berperingkat. – BERNAMA

Kategori