Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Berani.. Lelaki Dedah...

Demi mengembalikan keyakinan dalam diri dan bangga dengan apa yang dimiliki, seorang lelaki...

Tragedi 3 Maut Dalam...

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah...

ECTM Gesa Pemilik Nissan...

KUALA LUMPUR - Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menasihatkan semua pemilik...

Apakah Nasib 53 Krew...

OKSIGEN kapal berusia hampir 42 tahun itu dikatakan berakhir 3 pagi tadi…Setakat ini,...

Sejarah Menarik Jalur Gemilang Bendera Rasmi

JALUR Gemilang merupakan bendera rasmi Negaraku Malaysia yang terdiri daripada 14 jalur melintang sama lebar yang mewakili keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerjaan persekutuan.

Jalur yang berwarna merah dan putih melambangkan keberanian dan kesucian negara ini.

Manakala bahagian di atas sebelah kiri yang bermula dari jalur pertama hingga ke jalur kelima berwarna biru tua membawa makna perpaduan antara rakyat Malaysia.

Anak bulan yang terletak dalam bahagian biru tua itu melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Persektuan manakala bintang pecah 14 sebagai tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Anak bulan dan bintang ini berwarna kuning yang mewakili warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Asal usul Jalur Gemilang bermula pada 1949 apabila satu jawatankuasa telah ditubuhkan dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Seramai 373 karyawan menyertai pertandingan mereka bentuk bendera peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.


Hanya tiga rekabentuk dipilih ke peringkat akhir. Mengambil kira pendapat umum orang ramai, akhirnya keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan arkitek Johor bernama En. Mohamed bin Hamzah.

Setelah 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 tahun 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Jalur membawa erti Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.

Jalur turut menggambarkan satu haluan yang lurus dengan hala tuju yang sama dalam memacu kegemilangan bangsa dan negara.

Manakala Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang yang membawa pengertian bawaha jalur itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa juga bidang kehidupan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori