• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Tembak Mati Monyet Bakal Didakwa

oleh
28/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diminta melihat kemungkinan mengenakan tuduhan terhadap seorang remaja yang menembak mati seekor monyet dalam sangkar di Lambor Kira, Bota, Perak, pada 18 Mei lalu.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, beliau telah meminta Jabatan Perhilitan melihat perundangan yang sedia ada untuk membolehkan tindakan diambil terhadap remaja berusia 19 tahun itu.

Beliau mengulas perbuatan kejam remaja tersebut yang menembak kepala seekor monyet yang terkurung dalam sangkar seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Berikutan insiden itu, remaja berkenaan dan bapanya berusia 54 tahun yang juga pemilik senjata api berkenaan ditahan polis untuk membantu siasatan lanjut.

Xavier berkata, beliau dimaklumkan polis telah melengkapkan siasatan dan telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 20 saat menjadi tular yang memaparkan seorang remaja lelaki menembak seekor monyet dalam sangkar kerana enggan bercakap ‘baby sayang’.

Menerusi rakaman video, lelaki itu mengugut dan menyuruh seekor monyet bercakap perkataan ‘baby sayang’ dan menembak monyet itu kerana tidak berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Xavier berkata kerajaan bercadang untuk memulakan proses pemetaan digital bagi mengenal pasti sumber air mentah bawah tanah di seluruh negara.

“Kajian menunjukkan Malaysia mempunyai lima bilion meter padu sumber air bawah tanah dan sumber yang belum diteroka itu sebagai alternatif bagi mengatasi kekurangan bekalan air,” katanya kepada media di sini Isnin.

Menurut beliau, proses pemetaan digital akan dimulakan di neger-negeri yang mempunyai banyak sumber air mentah bawah tanah seperti Johor, Kedah dan Selangor.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya perlu mendapatkan teknoloji pemetaan digital tersebut daripada Jepun.

“Saya bercadang pergi ke Jepun bulan depan bagi mendapatkan kerjasama kerajaan Jepun dalam bidang ini,” katanya.

Tags: kes tembakmonyetPerhilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syarat Kemasukan Pelancong China Dilonggarkan

Next Post

Pemandu, Kelindan Maut Lori Simen Terbakar

Related Posts

Isteri Suspek Ditembak Mati Direman 7 Hari, Polis Rampas Pistol

Isteri Suspek Ditembak Mati Direman 7 Hari, Polis Rampas Pistol

06/07/2025
0

SUNGAI PETANI: Polis menahan isteri kepada seorang lelaki yang maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, di...

Kes Tembak Di Meru, Polis Siasat Jika Ada Elemen Kongsi Gelap

Kes Tembak Di Meru, Polis Siasat Jika Ada Elemen Kongsi Gelap

21/06/2025
0

SHAH ALAM: Polis menyiasat jika terdapat elemen kongsi gelap dalam kes seorang lelaki yang ditemukan mati ditembak dalam sebuah pikap...

Next Post

Pemandu, Kelindan Maut Lori Simen Terbakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd