• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Kemasukan Pelancong China Dilonggarkan

oleh
28/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk melonggarkan syarat kemasukan pelancong China ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengumuman rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi dan kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Tahun depan, kita akan meraikan tahun pelancongan dan budaya.

“Kami telah melihat jumlah pertukaran pelancong yang baik antara kami (Malaysia dan China).

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk melonggarkan beberapa keperluan kemasukan bagi pelancong China,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Beliau berkata demikian sempena majlis sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Saifuddin berkata, hubungan antara Malaysia dan China bertahan lebih daripada empat dekad berdasarkan platform tamadun persahabatan.

“Itulah sebabnya hubungan antara negara besar seperti China dan negara kecil seperti Malaysia sangat unik dan kami dapat mempertahankan sejarah persahabatan dan kolaborasi yang lama tanpa mengira apa yang berlaku sepanjang masa,” katanya.

Saifuddin menambah, hubungan kukuh antara kedua-dua negara, yang menjalin hubungan ketika waktu sukar 45 tahun lalu, merupakan punca isu-isu seperti projek Laluan Pantai Timur (ECRL) dapat diselesaikan.

“Hubungan kami didasarkan pada semangat keramahan, faedah bersama, tamadun lampai dan ini sebabnya kami dapat menyelesaikan dan menangani isu-isu seperti ECRL,” katanya.

Tags: pelancong chinatahun melawat malaysia 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10/01/2025
0

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7...

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

07/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan mewakili petugas dan pengamal perubatan mahu kerajaan menghalang kemasukan pelancong dari China ke negara ini untuk memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd