• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Laporan Ujian Poligraf Yusoff Rawther Sudah Diketahui

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis hari ini menafikan laporan satu blog yang mendakwa mempunyai maklumat berhubung keputusan ujian poligraf melibatkan bekas pembantu presiden PKR, Muhammad Yusoff Rawther, berhubung siasatan tuduhan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim.

“Pihak polis tidak pernah mendedahkan hasil ujian tersebut. Ia hanya digunakan untuk membantu siasatan polis,” kata ketua penolong pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, sewaktu dihubungi FMT.

Blog berkenaan memetik sumber mendakwa menerima maklumat bahawa ujian poligraf Yusoff pada 17 Disember lepas adalah benar, bahkan perkara berkenaan turut dipaparkan di Facebook “Solidariti buat Muhammed Yusoff Rawther”.

Pada 23 Disember, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, polis sedang berusaha mengesan keberadaan Anwar pada tarikh insiden serangan seksual yang didakwa bekas pembantunya itu.

Keberadaan Anwar menjadi aspek siasatan kerana tarikh kejadian itu sama dengan tarikh berlangsungnya kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Yusoff dalam akuan bersumpahnya bertarikh 19 November mendakwa menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan lucah yang didakwa dilakukan Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Anwar menafikan tuduhan itu dengan berkata, pada tarikh itu beliau giat berkempen bagi PRK Port Dickson dan menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur, sebelum kembali semula ke Port Dickson.

Terdahulu media melaporkan ujian poligraf merupakan antara pilihan yang dipertimbangkan pegawai penyiasat dalam siasatan kes itu.

Pada 9 Disember, Yusoff hadir untuk menjalani ujian poligraf, dan kemudiannya memberi keterangan di Bukit Aman lebih 7 jam susulan akuan bersumpahnya sebelum itu.

Keesokan harinya, beliau hadir buat kali kedua untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang mengendalikan kes itu.

Anwar pula hadir ke Bukit Aman pada 12 Disember bagi memberikan keterangan. Polis turut menghantar anggota penyiasat ke rumah Anwar selepas itu. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff RawtherSerangan Seksualujian poligraf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Petrol RON97 Naik 2 Sen Kepada RM2.65 Seliter

Next Post

Setengah Bilion Haiwan Terbunuh Kebakaran Di Australia

Related Posts

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Next Post

Setengah Bilion Haiwan Terbunuh Kebakaran Di Australia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd