Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Awie Nafi Cuba Kukuh...

KARUT... Vokalis Wings, Awie menolak dakwaan konon menggunakan jawatan Presiden Wings Motor Gang...

Pengantin Nyaris Maut, Disembur...

INI namanya kes naya…seorang pengantin lelaki nyaris maut pada hari perkahwinannya selepas rakan-rakannya...

BN Adakan Mesyuarat Khas...

PASIR SALAK - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi...

3 Pegawai Imigresen Diserang...

MELAKA - Tiga pegawai imigresen yang diserang sekumpulan lebih 40 samseng ketika membuat...

Pesawat Bawa Team Bola Sepak Brazil Terhempas

BOGOTA – Sebuah pesawat komersial yang membawa 81 penumpang termasuk sepasukan pemain bola sepak dari Brazil telah terhempas sebelum sempat mendarat.

Media melaporkan kapal terbang malang itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang antarabangsa Medellin, lewat tengah malam tadi, waktu tempatan.

Pasukan Chapecoense Real dijadualkan untuk berentap dengan kelab Atletico Nacional di dalam perlawanan peringkat suku akhir Copa Sudamérica.

Bagaimanapun, menurut datuk bandar Medellin Federico Gutierrez, harapan kemungkinan ada penumpang yang terselamat adalah tinggi.

Pesawat Bawa Team Bola Sepak Brazil Terhempas
Pasukan Chapecoense Real sebelum memenangi perlawanan separuh akhir menentang San Lorenzo daripada Argentina 2 November lalu. – Foto AFP

“Insiden ini merupakan satu tragedi yang dahsyat,” kata Gutierrez kepada stesen Blu Radio semasa beliau dalam perjalanan ke lokasi nahas berkenaan yang terletak di kawasan pergunungan di luar bandar.

Menerusi akaun Twitter beliau, Gutierrez turut menyatakan bahawa ambulans dan pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


Punca nahas tersebut masih belum dikenal pasti. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori