• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mynewshub
29/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.”

Demikian tegas pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail.

Baginda bertitah demikian ketika hadir secara mengejut dalam mesyuarat meja bulat antara Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pasukan bertanding hari ini.

Titah Baginda, solusi tersebut adalah melalui satu modul iaitu bagi menyerahkan semula bola sepak kepada rakyat.

“Semua boleh tengok sendiri fail ini dan buat keputusan yang patut. Tak semestinya awak kena bersetuju, ini hanya cadangan.

“Ini modul ‘direct to fans’, aliran dana terus kepada pasukan tanpa orang tengah. Ia akan menghasilkan kebebasan kewangan pada masa hadapan.

“Nak sangat beri bola kepada rakyat, jom beri bola kepada rakyat. Jadi selepas ini tiada lagi alasan. Awak boleh tengok fail ini… saya tak mahu lama-lama di sini,” titah Baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, Baginda berharap semua pihak terlibat dapat membuat keputusan berkenaan modul tersebut.

Bagaimanapun, Baginda mengingatkan bahawa terdapat sebuah pasukan yang mewakili Malaysia di peringkat tertinggi.

Titah Baginda, ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk dibanggakan mereka.

“Saya harap modul menyerahkan semula bola sepak anda boleh nilai sendiri,” titah Baginda. – MYNEWSHUB

Tags: bola sepakJDTJohor Darul Ta’zimmesyuarat meja bulatmflModulSelamatkan Liga MalaysiaSerah semula kepada RakyatSolusiTunku Mahkota Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Buat Kejutan Hadir Perbincangan Meja Bulat MFL

Tunku Mahkota Ismail Buat Kejutan Hadir Perbincangan Meja Bulat MFL

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail membuat kejutan apabila muncul pada perbincangan meja bulat antara Liga Bolasepak...

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

28/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Penganjuran majlis JDT Family Dinner yang dihadiri Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd