Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Rampasan Tanduk Badak Di...

MAPUTO - Polis Mozambique dan pihak berkuasa Kastam merampas tanduk badak sumbu seberat...

DUKE Fasa 2 Dibuka...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun...

VIDEO: Penjual Kreatif Hasilkan...

ANDA penggemar gula-gula kapas?Tahukah anda gula-gula kapas boleh dihasilkan dalam bentuk yang lebih...

IFCTF 2017 Teroka Trend...

KUALA LUMPUR - Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2017...

Pesawat Bawa Team Bola Sepak Brazil Terhempas

BOGOTA – Sebuah pesawat komersial yang membawa 81 penumpang termasuk sepasukan pemain bola sepak dari Brazil telah terhempas sebelum sempat mendarat.

Media melaporkan kapal terbang malang itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang antarabangsa Medellin, lewat tengah malam tadi, waktu tempatan.

Pasukan Chapecoense Real dijadualkan untuk berentap dengan kelab Atletico Nacional di dalam perlawanan peringkat suku akhir Copa Sudamérica.

Bagaimanapun, menurut datuk bandar Medellin Federico Gutierrez, harapan kemungkinan ada penumpang yang terselamat adalah tinggi.

Pesawat Bawa Team Bola Sepak Brazil Terhempas
Pasukan Chapecoense Real sebelum memenangi perlawanan separuh akhir menentang San Lorenzo daripada Argentina 2 November lalu. – Foto AFP

“Insiden ini merupakan satu tragedi yang dahsyat,” kata Gutierrez kepada stesen Blu Radio semasa beliau dalam perjalanan ke lokasi nahas berkenaan yang terletak di kawasan pergunungan di luar bandar.

Menerusi akaun Twitter beliau, Gutierrez turut menyatakan bahawa ambulans dan pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


Punca nahas tersebut masih belum dikenal pasti. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori