• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Covid-19 Tiba-Tiba Kritikal Sekelip Mata

oleh
03/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKAR anestesiologi di sebuah hospital swasta Johor Bahru berkongsi pengalaman mencemaskan pasukan kesihatan menstabilkan seorang pesakit Covid-19 yang pada mulanya stabil namun menjadi kritikal secara tiba-tiba, selama hampir 24 jam.

Dr Mafeitzeral Mamat ketika itu menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sukarelawan barisan hadapan yang ditugaskan di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor, dari 6 hingga 26 April lalu.

Menceritakan pengalamannya, Dr Mafeitzeral berkata, ketika bertugas giliran pagi di wad ICU itu, seorang pesakit yang menggunakan ventilator (alat bantuan pernafasan) tiba-tiba berubah dari keadaan yang stabil kepada kritikal dalam sekelip mata.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Katanya, kandungan oksigen dalam badan pesakit berkenaan didapati turun secara mendadak.

“Kebanyakan pesakit dijangkiti Covid-19 akan menghasilkan kahak yang pekat dan inilah penyebab utama untuk tiub pernafasan tersumbat.

“Namun untuk pesakit ini, itu bukanlah penyebabnya walaupun kami sudah menukar tiub yang digunakan.

“Pesakit itu seterusnya dihantar dengan pantas untuk pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) paru-paru kerana kami perlu menentukan sama ada ada darah beku di saluran paru-paru ‘Pulmonary Embolism’ kerana ia boleh membawa maut. Bagaimanapun, itu juga bukanlah penyebabnya dan kandungan oksigen pesakit itu masih berterusan rendah,” katanya ketika dihubungi.

Dalam keadaan mencemaskan itu, beliau berkata, pasukan kesihatan membabitkan doktor, jururawat terlatih ICU dan pembantu pegawai perubatan bertugas kemudiannya bersama-sama mengubah pesakit ke posisi meniarap, satu terapi yang perlu dilakukan ketika paru-paru dalam keadaan ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome).

“Ia bukanlah mudah kerana kami melakukannya dengan keadaan pesakit dalam koma di samping memastikan semua alatan seperti wayar pemantauan masih berfungsi.

“Alhamdulillah, rawatan itu berhasil memulihkan kandungan oksigen pesakit di mana kami merawatnya sepanjang awal pagi hingga Subuh bagi memulihkan keadaannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mafeitzeral berkata, pesakit Covid-19 yang sangat kritikal kebanyakannya akan dirawat di ICU dalam jangkamasa yang lama.

“Berminggu-minggu di ICU. Walaupun pesakit sudah pulih dari rawatan menggunakan ventilator, mereka perlu diberikan perhatian selama beberapa hari sebelum dihantar semula ke wad biasa,” katanya.

Beliau berkata, pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke ICU adalah pesakit kategori 4 dan 5 yang mana mereka dalam keadaan kritikal dan memerlukan oksigen dengan ada di antara mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, pesakit yang memerlukan ventilator akan dikomakan sepanjang rawatan dan secara tidak langsung pasukan kesihatan akan mengambil alih fungsi badan mereka ketika memerangi virus Covid-19.

“Tugas kami adalah untuk merawat dan memantau keadaan mereka pada setiap masa di ICU berikutan hampir kesemua pesakit mempunyai penyakit tidak berjangkit NCD seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dengan virus Covid-19 ternyata menerukkan keadaan penyakit pesakit.

“Pada saat kritikal ini, sistem pertahanan badan pesakit menjadi sangat lemah dan terdedah kepada jangkitan kuman bakteria ‘nosokomial’ di ICU,” katanya.

Beliau berkata, apabila pesakit menunjukkan tanda sembuh, ubatan koma akan dikurangkan dan rawatan ventilator mungkin tidak diperlukan lagi.

Walaupun demikian, pesakit Covid-19 yang baru sembuh perlu dipantau rapi kerana terdapat banyak komplikasi yang boleh berlaku sekelip mata menyebabkan pesakit perlu dikomakan semula untuk rawatan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19ICUventilator
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika SJR

Next Post

Gombak, Petaling Kembali Menjadi Zon Merah Covid-19

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Gombak, Petaling Kembali Menjadi Zon Merah Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd