• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdasama Sokong Titah Sultan Johor Jauhi `Virus’

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menyambut baik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya rakyat menjauhi individu yang menghasut rakyat membenci pemimpin.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, Sultan Ibrahim telah bertitah supaya rakyat menjauhi individu-individu yang menjadi ‘virus’ menghasut dan menghentam pucuk kepimpinan negara.

“Ini juga termasuk budaya demonstrasi jalanan yang bukanlah berteraskan adab sopan dan tata susila masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Sebagai sebuah persatuan yang memperjuangkan hal-ehwal ekonomi orang Melayu, Perdasama amat menghargai keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sungguh menitik beratkan masa depan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sultan Johor dalam Perhimpunan Bangsa Johor baru-baru ini bertitah supaya rakyat menjauhi parti baharu yang bertujuan memecahbelahkan masyarakat demi kepentingan mereka.

Baginda turut memperingkatkan seluruh rakyatnya bahawa golongan itu sedang membawa `virus’ yang cukup berbahaya dengan memburuk-burukkan kerajaan sedia ada.

Justeru, Moehamad Izat meminta seluruh kaum Melayu supaya tidak membenarkan diri mereka menjadi boneka golongan yang kononnya negarawan atau politikus terbabit.

“Sebaliknya, mantapkanlah perpaduan kaum agar tiada lagi orang Melayu yang tertindas dari segi pembangunan sosial dan ekonomi,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PerdasamaSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sistem Amaran Tsunami Malaysia Berkesan

Next Post

KFA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Kedah

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

KFA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Kedah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd