• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

oleh Mohd Arshad
27/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Johor Bahru, di sini hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Baginda diiringi anakanda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, pangkalan seluas 19.02 hektar yang terletak di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM, Bandar Baru Permas Jaya itu, menempatkan Pasukan Simpanan TLDM dan KD Sri Medini.

Pangkalan itu menyediakan pusat latihan yang menempatkan keperluan serta infrastruktur ketenteraan terkini, selain tempat tinggal pegawai dan anggota serta pelatih.

Sultan Johor turut berkenan menyaksikan gimik perasmian yang dilakukan anggota Pasukan Khas Laut KD Panglima Hitam, sebelum menandatangani plak perasmian dan penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bernama-

Tags: johor bahruSultan JohorTLDM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd