• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Tipu Tiket Konsert Westlife Palsu

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas 45 pertuduhan menipu 715 keping tiket Konsert Westlife palsu membabitkan lebih RM150,000.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ke-45, S Kelvin Raj, 23, didakwa menipu seorang jurujual, Sim Ting Ting untuk mempercayai bahawa kesemua tiket yang dijualnya adalah benar.

Ia didakwa mendorong mangsa membuat kemasukan RM151,956 ke dalam akaun Hong Leong Bank milik tertuduh secara berperingkat bermula 23 Mac sehingga 25 Mei.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, dekat sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Abdul Salim meminta mahkamah memberikan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam R Krishna Murthy merayu supaya wang jaminan itu dikurangkan dengan atas alasan bukan sahaja anak guamnya menganggur malah kedua-dua ibu bapanya juga tidak bekerja.

Majistret, Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain memerintahkan lelaki itu menyerahkan pasport dan melaporkan diri setiap bulan di balai berhampiran.

Mahkamah turut menetapkan 23 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Westlife dijadualkan mengadakan konsertnya di Stadium Melawati Shah Alam selama dua hari bermula esok. – Sinar Harian

Tags: Kes Penipuantiket konserttiket palsuwestlife
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proton Lancar Saga 2019, Bermula RM32,800 Seunit

Next Post

Agong Terima Sambutan Mesra Rakyat Di Hospital Putrajaya

Related Posts

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

09/08/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian melebihi RM220 juta dicatatkan di Negeri Sembilan...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

08/08/2022
0

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga 31 Julai lalu mencecah RM31.4 juta,...

Next Post

Agong Terima Sambutan Mesra Rakyat Di Hospital Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd