• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Sambutan Mesra Rakyat Di Hospital Putrajaya

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Putrajaya di sini. 

Ketibaan baginda disambut Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’i Mohd Said dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya serta kakitangan hospital. 

Kehadiran baginda secara mengejut di lobi hospital pada pukul 10.45 pagi itu nyata mengundang rasa teruja rakyat jelata berada di situ yang tidak melepaskan peluang menghulurkan salam kepada baginda. 

Setelah bersalam-salaman dan bertanya khabar, Seri Paduka kemudiannya diiringi ke tingkat lima hospital bagi menziarahi seorang kenamaan yang dirawat di situ. 

Usai ziarah, baginda kemudiannya turun ke lobi untuk berangkat pulang namun, kehadiran Al-Sultan Abdullah sekali lagi ‘disekat’ rakyat jelata yang sedia menunggu untuk merakam kenangan seolah-olah tidak mahu membenarkan baginda meninggalkan kawasan itu. 

Keramahan baginda terserlah apabila tidak keberatan melayan kerenah pelbagai lapisan masyarakat di situ yang meminta untuk bersalam dan mengambil gambar bersama baginda. 

Yang di-Pertuan Agong juga dilihat tersenyum menyantuni pelbagai lapisan masyarakat, malah turut mencium seorang bayi yang dipangku bapanya, lantas mengundang rasa kagum mereka yang melihatnya. 

Baginda juga dilihat berpesan kepada seorang pesakit yang mengalami sakit sendi lutut agar tidak lupa melakukan fisioterapi dan menjaga kesihatan. 

Al-Sultan Abdullah juga tidak keberatan memegang telefon bimbit satu keluarga bagi merakam gambar bersama sambil berpesan supaya terus menjaga ibu mereka yang tidak sihat yang dilihat berkerusi roda ketika itu. 

Setelah bersalaman dan bergambar dengan hampir kesemua mereka yang beratur di sepanjang lobi, baginda kemudiannya memohon berangkat pulang, diikuti tepukan hormat mereka yang berada di situ.

Tags: Al-Sultan Abdullahhospital putrajayaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd