• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

oleh AK-47
08/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga 31 Julai lalu mencecah RM31.4 juta, meningkat berbanding RM25 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sepanjang tempoh itu, 6,338 laporan diterima pihaknya dan 1,203 kertas siasatan dibuka.

“Berdasarkan statistik itu, ia amat membimbangkan dan kesedaran berterusan kepada masyarakat akan dipertingkatkan membabitkan semua agensi.

“Masyarakat dinasihat tidak melayan sebarang panggilan telefon yang meminta maklumat perbankan atau terpilih memenangi sebarang peraduan dengan hadiah tertentu.

“Selain itu sebaiknya mengelak atau tidak melayan panggilan daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mahkamah yang memaklumkan mempunyai kes tertentu.

“Sebarang pautan yang diberikan individu tidak dikenali tidak sesekali ditekan untuk mengelak menjadi mangsa,” ktanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas Op Mule Khas yang membabitkan penahanan pemilik keldai akaun bermula 1 hingga 31 Julai lalu, Ramli berkata, setakat ini 154 individu sudah diberkas membabitkan 107 lelaki dan 47 wanita berumur 21 hingga 64 tahun.

Katanya, mereka terdiri daripada pekerja swasta, peniaga dan penganggur.

“Individu yang memberi, meminjam dan menjual akaun kepada pihak ketiga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang apabila dituduh di mahkamah.

“Implikasinya sangat besar kerana boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kes PenipuanPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd