Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Mengapa Pesawat Pejuang Terbang...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di sekitar ibu negara dan Subang, Selangor diminta...

Kanak-Kanak 12 Tahun Mangsa...

Umurnya baru 12 tahun tetapi keinginan berkawan membuatkannya sudah berani bertemu seorang lelaki...

Jenazah Suami Ariza, Tambi...

Dua lagi jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 warga Malaysia akan...

BN Perlu Raih Sekurang-Kurangnya...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular...

Peguam Negara Akan Bercuti, Diganti Peguam Cara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat ke atas tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Dengan ketiadaan Mohamed Apandi, Dr. Mahathir berkata tugas-tugas Peguam Negara termasuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan esok, akan dihadiri oleh Peguam Cara Negara.

“Peguam Cara Negara adalah seseorang yang memang pun berkuasa menjalankan tugas Peguam Negara.

“Kedudukan AG sukar sedikit kerana beliau baru diberikan kontrak dan perlu mengikut undang-undang. Tentang soal pergantungan tugas, ia memerlukan beberapa tindakan dan sebab itu Peguam Negara diberi cuti.

“Sementara bercuti, Peguam Cara Negara boleh mengambil alih tugasnya dan akan melaksanakan tugas-tugas berkenaan. Jadi, kita (kerajaan) masih ada Peguam Cara Negara yang boleh menjalankan tugas Peguam Negara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarakat dengan ketua-ketua setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata sekiranya kerajaan menerima laporan polis secara rasmi mengenai tuduhan-tuduhan terhadap Mohamed Apandi maka siasatan boleh dijalankan, yang berkemungkinan, pada masa itu, Peguam Negara boleh digantung tugas atau mengambil tindakan lain termasuk mengenakan sekatan keluar dari negara.

Ditanya sama ada Mohamed Apandi diminta mengambil cuti oleh kerana terdapat beberapa cubaan untuk menutup kes, beliau berkata: “Ya, terdapat aduan terhadap AG (peguam negara). Bagaimanapun tiada laporan rasmi. Atas dasar itu, kami memberi beliau cuti.”

Ditanya sebab Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya pagi ini, Dr. Mahathir berkata itu adalah pilihan beliau.

“Selepas siasatan, beliau mungkin hanya digantikan, atau beliau boleh meletak jawatan, ambil cuti, pergi makan angin, buat sementara waktu. Jika siasatan mendapati terdapat kes terhadapnya, kami akan mengambil tindakan,” tegas beliau.

Ditanya sama ada lebih ramai pegawai atau KSU yang akan digantung tugas berikutan aduan salah laku, Dr. Mahathir berkata buat masa ini, kerajaan perlu mendapatkan laporan yang sewajarnya sebelum bertindak menggantung tugas mana-mana pegawai.

“Saya mahu melakukannya berdasarkan peraturan dan prosedur,” katanya.


“Saya mahu mengambil tindakan secepat mungkin. Sebab itulah saya bekerja sepanjang hari dan dua hari lepas, saya percepatkan prosesnya. Saya tidak dapat meramalkan tempoh siasatan itu akan siap. Saya harap dapat mengambil langkah konkrit dalam masa seminggu,” katanya.

Tanpa mendedahkan nama-nama yang disenaraihitamkan, Dr. Mahathir berkata selain bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tindakan sekatan keluar negara juga dikenakan kepada beberapa orang yang lain.

Katanya pasport mereka tidak ditarik balik tetapi Jabatan Imigresen Malaysia sudahpun dimaklumkan bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan keluar dari negara.

Ditanya sama ada pemimpin terbabit disenaraihitamkan disebabkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan kes rasuah yang lain, Dr. Mahathir berkata: “Ini bukanlah kes senarai hitam. Tetapi mereka disiasat kerana pelbagai kesalahan sehingga orang awam melaporkan salah laku mereka. Saya belum dimaklumkan siapakah mereka ini oleh penyiasat.

“Kami akan mengambil tindakan jika perlu untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara ini, ketika siasatan masih berjalan.”

Dr Mahathir turut menafikan bahawa nama penganalisis politik Abdul Razak Baginda timbul dalam senarai penyiasatan terhadap nama-nama yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah.

Dalam perkembangan lain, beliau juga berkata kerajaan belum membuat permohonan rasmi kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan Low Taek Jho (Jho Low), tetapi berkata “kami sedikit sebanyak tahu” di mana dia berada.

Apabila ditanya bagaimana kerajaan mahu membawa Jho Low pulang ke Malaysia, Dr Mahathir berkata: “Serahkan kepada kami, saya tidak pergi menangkap orang, ada agensi yang ditugaskan untuk menahan orang.”

Mengenai Sirul Azhar Umar, iaitu seorang daripada dua anggota polis yang disabitkan kesalahan dalam kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang kini ditahan kerana tinggal melebihi tempoh di Australia, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak boleh melakukan semuanya pada masa yang sama, tetapi berjanji semua salah laku kerajaan terdahulu akan disiasat. – BERNAMA

Kategori