• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Suami Ariza, Tambi Jiee Tiba Esok Di KLIA

oleh AK-47
09/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dua lagi jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 warga Malaysia akan tiba esok di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jenazah yang akan tiba ialah jenazah suami Allahyarham Ariza Ghazalee, Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jiang Han, 1, di mana kedua-duanya akan disambut dengan penghormatan penuh tentera.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri majlis ketibaan berkenaan.

“Jenazah Tambi akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Hercules C130 sementara jasad Benjamin akan dibawa ke Memorial Xiao En di Cheras.

“Dengan ketibaan dua jenazah berkenaan esok, jumlah keseluruhan jenazah mangsa nahas MH17 yang telah dibawa pulang ke Malaysia ialah 35 orang termasuk seorang penumpang dengan dwi-kerakyatan Loh Yan Hwa dan dua warga Belanda Paul Goes dan Fan Shun Po,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata sehingga hari ini, sejumlah 199 mayat mangsa nahas MH17 telah dikenalpasi sementara 99 lagi masih dalam proses.

Liow berkata dari sejumlah 43 orang yang menaiki pesawat itu, 34 jazad warga Malaysia yang terdiri daripada 20 orang penumpang dan 14 anak kapal sudah pun dikenalpasti, sembilan lagi masih belum disahkan identiti mereka.

“Ketika waktu sukar ini, saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk menghormati hak peribadi keluarga mangsa dan waris terdekat penumpang pesawat MH17.

“Ketika mereka menyemadikan jenazah anggota keluarga mereka, elok kita berdoa agar mereka menemui kekuatan dan semangat untuk terus tabah mengharungi saat kehilangan yang begitu tragik ini,” kata Liow.

Beliau berkata kerajaan Malaysia akan terus bekerjasama dengan rakan negara lain, khususnya kerajaan Belanda untuk memastikan baki jenazah rakyat Malaysia akan segera disatukan semula dengan keluarga mereka.

Pesawat MAS, penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine dalam wilayah Donetsk dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu di dalam kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Russia. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: jenazahMH17
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd