• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perlu Raih Sekurang-Kurangnya 51% Undi Popular

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular di samping undi elektoral pada pilihan raya umum ke-14 (PRU) akan datang untuk terus mentadbir negara dengan mandat kukuh.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata langkah itu perlu supaya tidak wujud pertikaian di Dewan Rakyat berhubung parti mana yang lebih layak menubuhkan kerajaan sekaligus memerintah negara.

“Kita semua tahu sistem demokrasi negara adalah parti yang mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat (Parlimen), mereka boleh tubuhkan kerajaan (Persekutuan).

“Tetapi bagi saya, selain undi majoriti (elektoral), BN juga mahu kejar undi popular kerana tidak mahu nanti ada pertikaian kepada kemenangan itu… jadi bagi saya sekiranya BN mendapat 51 peratus undi popular itu bermakna kita sudah menang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Kapar di sini, malam ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah.

Dalam pada, Khairy turut mengingatkan jentera pilihan raya UMNO Kapar supaya mempunyai semangat ‘winning mentality’ dalam diri masing-masing sebagai teras untuk merampas semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kapar pada PRU14.

Empat DUN itu ialah Sementa, Selat Klang, Sungai Pinang dan Meru. – BERNAMA

Tags: BNKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd