• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Selaras Siasatan Kes Kematian Muhammad Adib

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyelaraskan siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mengikut peruntukan seksyen yang telah dipinda, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Kes melibatkan Allahyarham (Adib) kini diklasifikasikan semula daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan siasatan lanjut akan diselaraskan mengikut peruntukan seksyen yang telah dipinda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata PDRM ingin menasihati semua pihak agar tidak bertindak dalam apa jua cara yang boleh membangkitkan sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, bulan lepas.

Beliau mewakili seluruh warga PDRM turut menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil berkenaan.

Allahyarham ketika itu menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu. – BERNAMA

Tags: Muhammad AdibPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nurul Izzah Kecewa Perkembangan Politik PH

Next Post

Honda Gantung Pekerja Hina Kematian Muhammad Adib

Related Posts

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

Next Post

Honda Gantung Pekerja Hina Kematian Muhammad Adib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd