• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

oleh Mohd Arshad
24/05/2025
dalam Jenayah
0
CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai ‘CEO Batu’ yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada beberapa individu termasuk remaja bawah umur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan masih tertumpu kepada kes utama yang telah dilaporkan.

“Suspek masih ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang laporan lain,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdahulu, tular beberapa tangkap layar perbualan di media sosial membabitkan mesej berunsur seksual antara suspek dan individu lain, termasuk dakwaan daripada pempengaruh terkenal, Caprice, yang mendedahkannya menerusi laman Instagram.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 22 tahun ditahan polis selepas seorang ibu membuat laporan berhubung dakwaan anak perempuannya yang berusia 14 tahun menerima mesej serta gambar tidak senonoh sejak awal Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan tangkapan dan menyatakan siasatan awal mendapati terdapat mesej serta imej berunsur lucah dihantar oleh suspek kepada mangsa melalui media sosial.

“PDRM memandang serius kes-kes eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat,” katanya.

SinarHarian-

Tags: CEO BatuPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Bangladesh Ditahan Disyaki Cabul Pelajar Dalam Bas

Next Post

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

Next Post
Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi 'Tiada' Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd