• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM FA Terima RM1.3 Juta Daripada Yayasan Zahid

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) menerima cek berjumlah RM1.3 juta daripada Yayasan Akalbudi untuk tujuan perbelanjaan pengurusan persatuan itu pada Nov 2015.

Penolong Setiausaha PDRM FA, Mohd Nizam Mohd Noor, 39, berkata cek bertarikh 19 Nov 2015 itu diterimanya melalui menantu Ahmad Zahid Hamidi, Zul Hisham Zainal yang menjadi perantara antara persatuan dan bekas timbalan perdana menteri tersebut.

Menurut saksi pendakwaan ke-20 itu, cek tersebut kemudian diserahkan kepada Penolong Bendahari PDRM FA, Khairul Azuan Ramli untuk dimasukkan ke akaun PDRM FA.

Ketika dirujuk penyata akaun CIMB Bank persatuan bertarikh 30 Nov 2015 oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin, Nizam mengesahkan terdapat kemasukan wang berjumlah RM1.3 juta melalui cek ke dalam akaun persatuan menerusi transaksi bertarikh 23 Nov 2015.

Pegawai polis itu yang dilantik memegang jawatan tersebut bermula 2008 sehingga sekarang, berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ke-11 perbicaraan kes Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.

Semasa disoal balas peguam Rosal Azimin Ahmad yang mewakili Zahid, Nizam berkata sebelum menerima cek tersebut beliau ada memaklumkan kepada Hisham bahawa persatuan memerlukan dana RM1.3 juta untuk membayar gaji pemain yang tertunggak kira-kira 3 ke 4 bulan.

Rosal: “Saya cadangkan cek RM1.3 juta itu ialah satu bentuk bantuan Zahid melalui yayasan kepada PDRM yang sangat-sangat memerlukan bantuan.”

Nizam: “Setuju.”

Rosal: “Saya cadangkan Zahid tidak perlu membantu (persatuan) tetapi beliau sendiri yang nak beri bantuan (kewangan).”

Mohd Nizam: “Ya betul.”

Ketika dicadangkan Rosal bahawa pada 14 Julai 2016, Majlis Sukan Negara (MSN) membayar balik RM1 juta kepada yayasan dan baki RM300,000 sebagai satu bentuk bantuan daripada yayasan kepada PDRM FA, saksi itu menjawab tidak pasti.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya, Hisham berkata sepanjang menjadi menantu Zahid sejak 2004, beliau tidak pernah mengetahui bapa mertuanya memiliki Yayasan Akalbudi atau mana-mana yayasan lain.

Ketika disoal Rosal berhubung dana RM1.3 juta itu, saksi pendakwaan ke-19 yang mula terlibat secara tidak langsung dengan PDRM FA sekitar 2014 berkata, Nizam memberitahu beliau RM1.3 juta itu untuk bayaran gaji pemain dan urusan pentadbiran persatuan.

Ahli perniagaan itu yang dilantik secara rasmi sebagai pengurus pasukan bola sepak PDRM FA untuk musim 2017 berkata, purata peruntukan sebulan gaji 30 pemain bola sepak PDRM FA dan pengurusan kira-kira RM500,000 ke RM600,000 sebulan dan jumlah itu tidak mencukupi jika hanya bergantung kepada peruntukan yang diterima daripada polis serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ditanya Aishah sama ada beliau ada melihat sebarang penyata kewangan milik persatuan berhubung peruntukan antara RM500,000 ke RM600,000 sebulan yang diperlukan untuk membayar gaji pemain dan pengurusan PDRM FA, saksi itu berkata beliau tidak melihat secara terperinci dan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Nizam.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Tags: Ahmad Zahid HamidiPDRM FAyayasan akalbudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hentikan Sengketa, Rakyat Sedang Memerhati – Muhyiddin

Next Post

Mahathir Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi

Related Posts

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Next Post

Mahathir Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd