• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Sengketa, Rakyat Sedang Memerhati – Muhyiddin

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur beberapa pemimpin komponen parti yang dilihat bertelagah sesama sendiri supaya melupakan persengketaan tersebut.

Beliau mahu persengketaan itu diselesaikan segera kerana PH kini menjadi tumpuan rakyat.

Menurutnya, kaedah terbaik ialah mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli.

“Kalau ada perkara berbangkit, cara terbaik adalah cari jalan penyelesaian,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pergeseran yang berlaku antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muhyiddin ditemui pemberita selepas melepaskan Konvoi Misi Kemanusiaan Banjir di sini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, rakyat mahu melihat tugas yang dijalankan oleh pemimpin.

“Mereka (rakyat) harap apa yang kita boleh buat untuk bantu rakyat termasuk soal ekonomi, kos sara hidup menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan kemudahan kebajikan. Bukan kerja kita bersengketa sesama sendiri,” katanya.

Pergolakan dalaman antara pemimpin tersebut mula panas apabila Mohamed Azmin mengeluarkan kenyataan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad mentadbir negara sehingga habis penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Perang dingin parti berusia 20 tahun itu tidak dapat disembunyikan lagi apabila ratusan ‘penyokong’ Mohamed Azmin bertindak keluar dewan sewaktu kongres nasional parti itu sedang berlangsung Sabtu lalu.

Kemuncaknya, Mohamed Azmin bertindak tidak hadir pada hari terakhir Kongres Nasional PKR malah dalam satu acara di sebuah hotel di Kuala Lumpur, beliau dilapor mempertikaikan tindakan Anwar menggunakan sejarah Si Kitol dan Raja Mendeliar ketika berucap pada kongres parti itu. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd