• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Calon BN PRK Cameron Highlands

oleh
10/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT pertama kali, Barisan Nasional (BN) letak bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli, Ramli Mohd. Nor sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Malahan pemilihan beliau adalah berdasarkan kepada faktor yang diterima semua pihak selain dapat kepercayaan daripada penduduk tempatan serta latar belakangnya yang baik dan kuat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Ramli juga mempunyai pertalian yang kuat dengan pemimpin-pemimpin Orang Asli atau Tok Batin di sekitar Daerah Cameron Highlands.

Katanya yang juga pemangku Presiden UMNO, calon berkenaan akan bertanding atas tiket BN sebagai ahli secara langsung seperti yang pernah dijalankan BN ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016 lalu.

Baca: Ramli Lakar Sejarah Orang Asli Pertama Calon BN

“PRK ini kita perlu menang setelah pihak pembangkang gagal empat PRK lalu. Kita harap dapat letak titik noktah bahawa kerusi dimenangi BN di sini (Cameron Highlands) dapat dipertahankan.

“Misi kita untuk menang pastikan BN bangkit selepas hadapi tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-14. Keyakinan kita untuk menang adalah 85 peratus,” kata beliau penuh optimis.

Mohamad berkata demikian dalam sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di ibu negara hari ini. Turut hadir ialah Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Cameron Highlands mencatatkan jumlah pengundi seramai 32,048 dengan Melayu sebanyak 34.24 peratus; Cina (32.29 peratus); India (12.48 peratus) dan lain-lain 20.98 peratus. –  Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Barisan NasionalCameron Highlands
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jijik! Puluhan Lipas ‘Sorok’ Dalam Telefon

Next Post

Anak Bunuh Diri, Mahu Ibu Jadi ‘Wanita Paling Gembira Di Dunia’

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

Next Post

Anak Bunuh Diri, Mahu Ibu Jadi 'Wanita Paling Gembira Di Dunia'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd