• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

oleh Mohd Arshad
06/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands berikutan kebimbangan berlakunya bencana alam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Al-Sultan Abdullah bertitah, segala bentuk projek di atas bukit tinggi, harus diberi perhatian yang serius kerana baginda mendapati masih terdapat projek, khususnya yang berasaskan pertanian dilihat berleluasa di Cameron Highlands.

“Cukuplah. Saya sudah cakap dulu dan sekarang. Walaupun ada kelulusan, perlu dikaji semula. Kalau tidak, mungkin kawasan ini menjadi botak dan tidak ada lagi kawasan hijau ataupun hutan atas bukit lagi.

“Sementara kajian semula, kalau perlu tangguhkan semua kelulusan untuk semua kawasan Cameron Highlands sementara ini di bukit tinggi.

“Setiap kali saya terbang ke sini, ada sahaja kawasan tinggi bukit telah dipotong. Ini satu kemusykilan bagi saya dan harap kerajaan negeri memberi penekanan dalam hal ini, kalau tidak ia akan berterusan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis pengurniaan sumbangan kepada mangsa banjir lumpur di Kampung Baru, Kampung Raja di sini, pada bulan lalu.

Baginda menzahirkan simpati kepada mangsa terbabit dan kesyukuran kerana tiada kehilangan nyawa dalam musibah banjir lumpur itu.

“Saya berharap projek berhampiran kawasan penempatan berkenaan turut dikaji semula bagi mengelakkan kerosakan persekitaran dan ekosistem.

“Pihak berkaitan tidak patut sewenang-wenangnya memberi kelulusan projek tanpa penelitian keadaan sebenar lokasi. Turun padang…supaya kelulusan diberi bagi sesuatu projek, lebih dibuat dengan berhati-hati. Kena turun padang sendiri, jangan berdasarkan peta semata-mata.

“Sebab itu saya cadang Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Tanah, tinjau melalui helikopter dan gunakan segala teknologi ada, sekarang ada dron.

“Guna kaedah moden ini untuk tinjauan dan jangan harap kaedah lama semata-mata,” titah baginda.

Baginda turut berharap kejadian tanah runtuh yang mengorbankan mangsa di Batang Kali, Selangor tidak berulang di mana-mana, khususnya di Cameron Highlands dan Pahang.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada seramai 21 keluarga mangsa banjir lumpur berkenaan, sebelum berangkat pulang pada jam 5 petang.

Disember lepas, beberapa rumah dan jalan sekitar Kampung Raja dipenuhi lumpur ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.

Bernama-

Tags: Cameron Highlandsprojek pembangunanYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd