• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Bayangkan Kepayahan Laksana Semula ‘Lockdown’

oleh
20/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bimbang dengan kes positif COVID-19 yang kembali mencatatkan angka dua digit di negara ini sejak akhir-akhir ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kepayahan yang akan dihadapi oleh rakyat dan negara sekiranya ‘lockdown’ (sekatan pergerakan) dilaksanakan semula susulan peningkatan kes dengan mendadak.

Perdana Menteri berkata rakyat tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan semasa yang menyaksikan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika mereka menikmati kehidupan yang kembali hampir normal ketika ini.

“Saya pasti saudara saudari tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ‘lockdown’ sekiranya kes-kes COVID-19 meningkat dengan mendadak. Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan televisyen tempatan.

“Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Ekonomi negara kita terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan. Sudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam kedaan ‘lockdown’ seperti itu,” katanya.

Muhyiddin berkata sekiranya kerajaan menguatkuasakan kembali ‘lockdown’, ia akan meninggalkan kesan yang amat besar terutama kepada ekonomi dan negara akan kehilangan sekurang-kurangnya RM2 billion sehari, secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi jutaan pekerja di Malaysia.

Selain itu ia akan menidakkan usaha kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Pakej PRIHATIN dan PENJANA yang bertujuan untuk memulih dan menjana semula ekonomi.

“Harus diingat bahawa kerajaan sudahpun mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara PENJANA yang keseluruhannya berjumlah RM295 bilion untuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan dalam tempoh yang sukar ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19lockdownMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Selangor Murka Perbuatan Conteng Mural Pemimpin

Next Post

1 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Hari Ini

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

1 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd