Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Lelaki Bersenjata Parang...

Tawau : Sembilan sekeluarga berdepan detik cemas apabila diikat tiga lelaki bersenjata sebelum...

Maut Terbabas, Bukan Rentung...

KLUANG - Polis menafikan kejadian kemalangan maut dan mangsa dikatakan rentung di Kilometer...

Paraglider Dikhuatiri Lemas Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang paraglider dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau...

MA63: J/K Pemandu Diketuai...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong hari...

Sultan Selangor Murka Perbuatan Conteng Mural Pemimpin

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam. 

Istana Selangor dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, contengan kata-kata kesat di lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan sangat biadap.

“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni berlaku di Selangor. 

“Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya,” titah baginda hari ini. 

Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah baginda. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 / 427 Kanun Keseksaan. 

Baharudin berkata, laporan polis dibuat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11.53 pagi di Balai Polis Seksyen 6.


“Pihak MBSA juga bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan,” katanya. 

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran. 

Kira-kira 7 pagi tadi, orang awam yang melalui lokasi itu terkejut apabila melihat gambar pemimpin negara terutamanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diconteng dengan kata-kata kesat. 

Selain baginda, potret yang turut diconteng ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Mural itu turut memaparkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta dua selebriti tanah air iaitu pelawak, Allahyarham Abam Bocey dan Allahyarham Pak Yus (Jambu). – myMetro Online

Kategori