Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pura-Pura Sertai Solat Tarawih...

SEGAMAT - Dua lelaki berpura-pura menyertai solat tarawih semata-mata mahu meninjau kedudukan tabung...

Puluhan Peserta Sertai Acara...

BERPULUH-PULUH orang mengambil bahagian dalam acara tahunan berbasikal tanpa pakaian di London. Para penunggang...

Ops Bantu: 334 Anggota...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menugaskan 334 orang pegawai,...

Serik Pengalaman Lepas, Pindah...

BESUT - Serik dengan pengalaman lepas hingga terpaksa mengharung air banjir paras dada...

Masjid, Surau Di Selangor Diarah Baca Qunut Nazilah

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah yang terdapat dalam doa qunut ketika solat Subuh bagi memohon perlindungan ALLAH daripada jangkitan koronavirus (Covid-19).

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara dan semakin meningkat ketika ini.

“Susulan penularan jangkitan itu, seluruh pegawai jawatankuasa masjid dan surau di Selangor hendaklah sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran virus berkenaan sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa memohon pelindungan ALLAH supaya melindungi negara daripada virus berkenaan. Bacaan Qunut Nazilah dalam doa qunut solat Subuh dilakukan sehingga penularan jangkitan itu diatasi sepenuhnya,” katanya.

Kategori