• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tolak Cadangan AS Mahu Anjur Sidang APEC

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengadakan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di negara itu, Januari depan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, dimaklumkan mengenai hasrat AS itu ketika beliau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di Bangkok, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada cadangan AS itu sama dengan jemputan Presiden Donald Trump yang dilaporkan mengundang pemimpin ASEAN menghadiri satu sidang kemuncak khas di negara itu pada suku pertama tahun depan.

“Saya tidak pasti yang mana. Saya tahu Trump menerusi utusan khasnya di Sidang Kemuncak ASEAN, menghantar surat kepada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad).

“Saya diberitahu, surat itu adalah jemputan untuk Malaysia menghadiri ‘sesuatu’ di AS, namun saya tidak terbabit dengan surat itu.

“Apa yang saya tahu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo hubungi saya ketika di Bangkok, bertanyakan pendirian Malaysia kerana AS mahu mengadakan APEC di negara itu pada Januari tahun depan selepas Chile membatalkan sidang berkenaan.

“Namun, saya maklumkan pada pegawai AS ketika di Bangkok, bahawa ia bukan idea yang baik. Jika ia mengenai APEC, jawapannya adalah tidak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam, bahawa Wisma Putra sedang meneliti tujuan sidang kemuncak khas yang dipanggil AS, serta peranan Malaysia dalam forum terbabit.

Trump sebelum ini dilaporkan mengundang pemimpin ASEAN untuk menghadiri satu sidang kemuncak khas di AS, suku pertama 2020 selepas tahun kedua berturut-turut pemimpin negara itu tidak menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

Undangan itu disampaikan menerusi Penasihat Keselamatan Nasional AS, Robert O’Brien ketika menghadiri Sidang Kemuncak AS-ASEAN di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 di Bangkok.

Pada 30 Oktober lalu, Chile mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak APEC Ke-27 yang sepatutnya berlangsung di Santiago, pada 16 dan 17 November.

Pengumuman itu dibuat ketika Chile berada dalam ketegangan krisis politik dan protes besar-besaran yang berlaku di beberapa bandar raya utama negara itu. – BH Online

Tags: Amerika SyarikatAPECASEAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zakat Di Pulau Pinang Hanya Untuk Orang Islam

Next Post

5 Lelaki Cuba Lakukan Seks Luar Tabii Dipenjara, Sebat

Related Posts

Trump Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Oktober Ini – Rubio

Trump Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Oktober Ini – Rubio

10/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober ini, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio....

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Next Post

5 Lelaki Cuba Lakukan Seks Luar Tabii Dipenjara, Sebat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd