• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Cuba Lakukan Seks Luar Tabii Dipenjara, Sebat

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lima lelaki dijatuhi hukuman penjara, sebatan dan denda di Mahkamah Tinggi Syarie di sini hari ini kerana cuba melakukan persetubuhan luar tabii November tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd Asri Tahir menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam kali sebatan terhadap seorang lelaki berusia 42 tahun selepas mengaku bersalah cuba melakukan hubungan sejenis tahun lalu.

Empat lagi lelaki berusia antara 27 hingga 37 tahun dijatuhi hukuman enam bulan penjara, denda RM4,800 dan enam kali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Tertuduh masing-masing turut berdepan hukuman penjara antara empat dan tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah.

Hakim Mohd Asri, turut menasihatkan tertuduh berusia 42 tahun yang sudah berkahwin.

“Kamu sudah berkahwin…sudah ada isteri tetapi kamu khianati keluarga,” kata Asri ketika prosiding berkenaan.

Dalam prosiding itu juga, Mohd Asri dalam penghakimannya berkata, kesalahan kesemua tertuduh adalah serius dan bertentangan dengan fitrah manusia dan hukuman denda tidak memadai untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mengikut pertuduhan, kesemuanya didakwa cuba melakukan persetubuhan dengan seorang atau lebih daripada seorang dengan mana-mana lelaki di dalam sebuah pangsapuri di Bandar Baru Bangi di antara jam 9.30 malam, pada 9 November tahun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dibaca bersama Seksyen 28 enakmen sama iaitu persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Atras Mohamad Zin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nurain Kamarudin.

Pada 11 November tahun lalu akhbar tempatan melaporkan, sepasukan pegawai JAIS menyerbu sebuah apartmen dua tingkat di lokasi di Bandar Baru Bangi kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti songsang.

Serbuan dijalankan hasil maklumat awam berhubung pesta lelaki songsang di premis berkenaan.

Tags: Hukuman PenjaraHukuman SebatSeks Luar Tabii
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

09/12/2025
0

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd