• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malakoff Beli Kepentingan Khazanah Dalam MSCSB RM289 Juta

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malakoff Corp. Bhd. (Malakoff) mengambilalih 40 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dalam Malaysian Shoaiba Consortium Sdn. Bhd. (MSCSB) dengan nilai AS$70 juta (RM289 juta).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Malakoff berkata langkah itu dibuat bertujuan untuk menyumbang perolehan yang lebih besar kepada syarikat.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff, Malakoff Gulf Ltd telah memeterai perjanjian jualan saham dengan Khazanah.

“Ia berhubung pengambilalihan keseluruhan kepentingan dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Ltd. yang mana ia memiliki 40 peratus saham dalam Shoaiba Consortium.

“Pada masa ini, Malakoff Gulf memiliki baki 40 peratus manakala Tenaga Nasional Bhd. memegang baki 20 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberikan pertambahan pendapatan segera kepada syarikat di samping meningkatkan aliran tunainya.

“Ia menerusi baki kontrak 10 tahun lagi di bawah perjanjian pembelian air dan kuasa Shuaibah Water & Electricity Co. Ltd. bagi Loji Kuasa dan Air Bebas Shuaibah 3.

“Ia juga termasuklah perjanjian pembelian air di bawah Shuaibah Expansion Project Company (SEPCO) bagi Pengembangan Loji Air Bebas Shuaibah 3.

“Cadangan pengambilalihan itu akan meningkat dan mengukuhkan kapasiti janaan efektif Malakoff bagi kuasa dan air kepada 6,708 MW dan 544,375 meter padu sehari daripada 6,600 MW dan 420,925 meter padu sehari sebelum ini,” katanya.

Shoaiba Consortium memegang 50 peratus kepentingan dalam Saudi-Malaysia Water & Electricity Company Ltd., yang seterusnya memegang 60 peratus dalam Shuaibah Water & Electricity dan 60 peratus dalam SEPCO.

Shuaibah Expansion mempunyai 97.5 peratus kepentingan dalam SEPCO. Saudi-Malaysia Water & Electricity juga mempunyai kepentingan langsung dalam SEPCO sebanyak satu peratus.

Berikutan pengambilalihan itu, kepentingan ekuiti efektif tidak langsung Malakoff dalam Saudi-Malaysia Water & Electricity dan AOMC akan meningkat kepada 40 peratus manakala MSCSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung dengan 80 peratus kepentingan. – BH Online

Tags: kepentingan sahamkhazanahmalakoffMSCSB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tidak Dibenar Akses Penyata Banknya – Peguam

Next Post

Orang Asli Diugut: Menteri Kesihatan Minta Bukti

Related Posts

Malakoff Bangunkan Projek Tenaga Hidro RM975 Juta Di Kelantan

Malakoff Bangunkan Projek Tenaga Hidro RM975 Juta Di Kelantan

14/07/2023
0

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) berjaya memeterai perjanjian bernilai RM975 juta bagi membangun, memiliki, mengendali dan menyelenggara tiga...

PH Rugikan Negara Jual Aset Khazanah – Najib

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pada Mac 2016 Khazanah Nasional di...

Next Post

Orang Asli Diugut: Menteri Kesihatan Minta Bukti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd