• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Diugut: Menteri Kesihatan Minta Bukti

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelik, tidak munasabah dan bagai ada yang tidak kena.

Begitu reaksi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad terhadap dakwaan Orang Asli suku Temiar di Gua Musang diugut pegawai kesihatan kerajaan.

Namun, beliau bersikap terbuka untuk menerima bukti daripada mana-mana pihak yang membuat dakwaan tersebut.

“Itu perkara yang didakwa dan ia perlu dibuktikan. Saya masih tidak boleh bertindak atas dakwaan seperti itu. Ia perlu dibuktikan.

“Saya rasa pelik kalau ada yang ugut seperti itu. Luar dari apa yang boleh saya bayangkan.

“Ada yang tidak kena bagi saya. Perkara ini tidak munasabah tapi itulah, ada yang dakwa, tampil dengan bukti,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Sebuah portal mendedahkan Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan diugut untuk menerima suntikan perancang keluarga, semalam.

Menurut portal itu, kakitangan Kementerian Kesihatan yang datang ke perkampungan Orang Asli dengan klinik bergerak berjanji untuk memperbaiki kesihatan komuniti itu namun mereka menerima kesan yang sebaliknya.

Antara kesan sampingan dialami golongan wanita yang menerima suntikan atau mengambil pil untuk program perancangan keluarga itu adalah kenaikan mendadak berat badan.

Menurut wakil Orang Asli di situ, program itu sudah berlanjutan sejak 2014. – UTUSAN ONLINE

Tags: Dzulkefly AhmadOrang Aslisuntikan perancang keluarga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd