• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tidak Dibenar Akses Penyata Banknya – Peguam

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibenar mendapatkan dokumen berhubung penyata akaun Ambank miliknya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pembela telah meminta dokumen berkenaan dari Ambank bagi tujuan persediaan pembelaan anak guamnya, namun pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi sepucuk surat menyatakan bahawa mana-mana pihak yang meminta dokumen berkenaan perlu melalui SPRM terlebih dahulu.

“Di bawah peruntukan apa saya tidak boleh mendapatkannya kerana ini akaun anak guam saya. Dia masih kekal sebagai pemegang akaun meskipun jika dia ingin menutupnya hari ini dia masih boleh meminta apa juga akaun yang ternyata.

“Dia berurusan untuk pembelaan dirinya yang sudah tentu ia tidak boleh dirahsiakan daripadanya kerana ini akaun dia,” kata Muhammad Shafee.

Beliau berkata, pihak pembela telah memohon kepada bank berkenaan untuk mendapatkan dokumen bank Najib yang kemudian dijawab oleh pihak bank perkara itu perlu dirujuk kepada SPRM.

“SPRM tidak peduli pun untuk kembali mendapatkan kami. Bukan kuasa SPRM untuk menghalang seseorang pelanggan bank daripada mendapatkan penyata akaunnya. Ini adalah satu penyalahgunaan proses.

“Oleh itu, kami meminta mahkamah untuk mengeluarkan satu arahan agar SPRM menerusi pendakwaraya perlu menarik kembali arahan agar pelanggan saya boleh mendapatkan maklumat mengenai akaun miliknya,” katanya.

Pendakwaraya ad-hoc, Datuk V.Sithambaram menjawab bahawa pendakwa akan memeriksa perkara itu dan akan kembali ke mahkamah Isnin hadapan.

Terdahulu, mahkamah telah mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan Harvinderjit Singh, yang juga mewakili Najib, untuk pembelaan yang bertanya soalan kepada saksi dari Ambank berhubung transaksi bank dari 2013 yang dikredit ke dalam bank akaun Najib.

Sithambaram membantah terhadap permintaan pihak pembela dengan berkata bahawa permohonan itu tidak relevan kerana ia bukan perihal perkara pertuduhan pilihan terhadap Najib.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Nazlan membenarkan saksi berkenaan untuk mengesahkan hanya butiran transaksi akaun bank yang tertuduh.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. yang berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 15 Julai.

Tags: Najib Tun RazakShafee AbdullahSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd