• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Elak Nyata Pendirian Isu Moral Anwar

oleh
18/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“BEBERAPA tahun lalu, semasa zaman Tun Mahathir Mohamad dulu, pernah Tun mengumumkan yang Tun tidak boleh menerima seorang yang tidak bermoral untuk menjadi pemimpin.

“Malah Mahathir berkata bahawa tidak boleh bekerja dengan orang yang sedemikian. Tetapi sekarang sudah berubah. Adakah ini bermaksud dulu Tun silap cakap atau you stand by your statement that you made back then?“

Itu soalan cepumas wartawan portal tempatan Agendadaily kepada Mahathir sendiri semasa sidang akhbar mengenai Program Nothing To Hide 2 di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada petang Selasa.

Ia bertujuan untuk mendapat jawapan pasti apakah beliau masih konsisten dengan pendirian semasa singkir Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana pemimpin tidak bermoral tidak layak jadi pemimpin Malaysia.

Ironi itu katanya pada sidang akhbar pada tahun 1998 selepas memberitahu beliau sendiri interviu lelaki yang terlibat sodomi dengan Anwar dan wanita yang ada hubungan seks dengannya.

Malah dalam sidang akhbar itu beliau kelihatan tersipu-sipu hendak sebut apa yang dakwanya telah diberitahu oleh lelaki yang diinterviunya bahawa Anwar telah melancap kemaluannya.

Katanya apakah beliau perlu beritahu semua ini kepada dunia mengenai kelakuan timbalannya. Bukan setakat itu malah bekas Perdana Menteri itu semasa isu berkenaan memberitahu beliau mengambil tindakan ke atas Anwar kerana sudah cukup yakin dengan salah laku moralnya.

Namun pada sidang akhbar hari ini beliau seolah ‘nak main dalam semak’ dan nampak hendak mengelak daripada memberi sebarang kepastian apakah sudah berubah pendirian pasal isu perbuatan keji Anwar itu.

Inilah jawapannya ketika ditanya soalan itu : “I stand by my statement at that time. At that time it was settled prevailing at that time. That was my response. Maybe next year I change my mind. Who knows.”

Dalam bahasa mudah ini sebenarnya jawapan yang tidak jawab soalan. Walhal ramai dalam kalangan rakyat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mempersoalkan tentang pendirian itu sama ada masih konsisten atau tidak.

Namun menjawab soalan wartawan lain dalam sidang akhbar tersebut, Mahathir sebaliknya berkata beliau sedia menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri baharu jika itu yang dimahukan oleh rakyat.

Beliau memberi alasan bahawa konon dalam arena politik terdapat banyak kejutan. Katanya dulu Anwar pernah sebelum masuk UMNO, Barisan Nasional menentangnya tetapi kemudian diterima masuk UMNO.

Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan berkata mereka sedang tunggu waktu sesuai untuk umum calon Perdana Menteri. Katanya ia juga satu strategi kejutan dan mungkin diumum sebelum pilihan raya. – HAA

*Visual arkib memaparkan Mahathir suatu ketika mendakwa Anwar ialah peliwat:

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd