Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPN Sah 19 Pengganas...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 suspek pengganas berjaya ditahan di empat buah negeri...

Tuduhan Kes Rogol Exco...

SIASATAN pertuduhan rogol yang dibuat ke atas exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong...

4 Produk Dikesan Dicampur...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesan empat produk dicampur dengan racun berjadual yang...

Juruterbang Dirakam Tidur Ketika...

BEIJING - Seorang juruterbang syarikat penerbangan China Airlines dirakam sedang tidur di bahagian...

Lynas: Kementerian Umum Laporan Operasi LAMP Esok

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahn Iklim akan membuat pengumuman berhubung laporan yang diterima daripada Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang, petang esok.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata kementeriannya sedang meneliti laporan berkenaan.

“Jawatankuasa ini telah menghantar laporan kepada kementerian pada 28 Nov 2018. Kementerian sedang meneliti laporan-laporan ini dan esok (4 Dis) kita akan mengeluarkan kenyataan media tentang apakah keputusan daripada kementerian.

“Kita akan umumkan laporan itu yang boleh diakses oleh orang ramai esok pada 4 petang,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Laporan berkenaan boleh diakses di laman sesawang rasmi kementerian.


Yeo pada 15 Okt lalu berkata enam ahli dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan iaitu felo utama di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Mazlin Mokhtar; profesor pelawat United Nations University–International Institute for Global Health Prof Jamal Hisham Hashim dan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Teknologi Malaysia Prof Maketab Mohamed.

Turut menyertai jawantankuasa tersebut adalah Prof Madya Dr Anita Abdul Rahman dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Putra Malaysia; Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang Prof Madya Muzamir Hasan dan bekas pengarah Bahagian Udara dan Bahan Berbahaya Jabatan Alam Sekitar Malaysia Datin Paduka Che Asmah Ibrahim. – BERNAMA

Kategori