• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Polis Jika Ada ‘Potong Barisan’ Pemberian Vaksin – KPN

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Orang ramai digalak melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berlakunya kejadian ‘potong barisan’ dalam proses pemberian vaksin fasa pertama yang telah bermula sejak 24 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kesalahan itu boleh dianggap sebagai satu penyelewengan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak yang terlibat.

“Kalau sekiranya berlaku sepertimana didakwa, kita minta laporlah kepada pihak saya (polis), mungkin ada penyelewengan di satu-satu pihak dan ia boleh jadi satu kesalahan jenayah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Kursus Asas Konstabel Orang Asli Siri 1 2020 di lapang sasar utama Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan mengatakan terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba ‘memotong barisan’ untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin Covid-19.

Mesej yang tular di media sosial itu mendakwa suntikan vaksin kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi ‘laluan’ kepada 200 ahli SUK Kelantan terbabit.

Abdul Hamid berkata, setakat ini tiada laporan rasmi dibuat kepada polis berhubung perkara itu.

“Saya dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada mengeluarkan kenyataan untuk siasat perkara itu.

“Kalau benar ada berlaku, kita minta laporkan kepada polis,” katanya.

Dalam pada itu beliau mengesahkan belum ada tangkapan dibuat terhadap mana-mana ahli kumpulan anti vaksin.

Bagaimanapun pihaknya menberi jaminan akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya kumpulan berkenaan terus mencabar pihak berkuasa dengan menyebarkan propaganda bagi tujuan menghasut masyarakat.

“Saya harap tidak akan ada tangkapan, tetapi kalaulah mereka ini masih cuba mencabar dan bersifat busuk hati menghasut orang lain dengan fakta dan cerita yang hanya dijadikan hujah untuk meningkatkan keyakinan orang supaya tidak divaksin.

“Maka saya akan pastikan mereka ini ditangkap,” katanya. – Sinar Harian

Tags: polisvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Satu Pun Ordinan Darurat Untuk Kekalkan PM

Next Post

Wanita Hamil, Cuba Mengandung Layak Dapat Vaksin COVID-19

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Wanita Hamil, Cuba Mengandung Layak Dapat Vaksin COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd