• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

oleh Mohd Arshad
05/07/2025
dalam Jenayah
0
Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi telah ditahan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, penahanan itu menjadikan keseluruhan tiga individu telah ditahan berkaitan kes berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau sekitar jam 12 tengah malam.

“Mereka ditahan untuk membantu siasatan dan telah direman selama dua hari bermula Sabtu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum ini, tular video berdurasi 35 saat di media sosial yang memaparkan tiga buah kereta berhenti secara melintang di lebuh raya sehingga menghalang aliran trafik.

Susulan kejadian itu, seorang lagi lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam Rabu lalu dan direman selama empat hari.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek merupakan ejen tarik kereta yang bertindak demikian bagi tujuan menarik sebuah kenderaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, setakat ini, pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu masih belum membuat laporan polis.

-Sinar Harian

Tags: Ejen KeretapolisTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd