• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Satu Pun Ordinan Darurat Untuk Kekalkan PM

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tidak ada satu pun daripada ordinan darurat yang telah dimasyhurkan bertujuan membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedar dan memahami maksud demokrasi.

“Darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos ini. Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya semasa berucap semasa Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Tambahnya, sejak darurat berkuatkuasa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memasyhurkan tiga ordinan iaitu Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Beliau berkata, kesemua ordinan itu bertujuan membolehkan kerajaan menangani pandemik Covid-19 dengan lebih cekap dan berkesan selain menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing yang menjadi antara punca utama penularan Covid-19 di negara kita.

“Melalui proklamasi darurat, kesemua ordinan ini dapat dimasyhurkan dalam tempoh yang singkat tanpa perlu melalui proses di Parlimen yang kebiasaannya mengambil masa yang lama,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, di samping itu, Seri Paduka Baginda juga telah melantik sebuah Jawatankuasa Khas Bebas yang turut dianggotai oleh ahli Parlimen pembangkang untuk meneliti keadaan darurat di negara ini dan membuat perakuan sama ada darurat boleh ditamatkan lebih awal atau sebaliknya.

“Saya percaya Jawatankuasa Khas Bebas ini akan meneliti keadaan pandemik Covid-19 di negara kita dengan sebaiknya.

“Jika jawatankuasa ini berpuas hati masalah Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya, maka perakuan boleh dibuat supaya darurat ditamatkan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Muhyiddin Yassinordinan daruratPerdana Menteriperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd