• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesihatan, Keselamatan, Masa Depan Lebih Utama – TMJ

oleh Haris
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan tidak membenarkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke luar negara untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Zon Timur di Doha, Qatar adalah demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Demikian jelas pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meskipun mengakui keputusan itu termasuk pembatalan saingan Piala Malaysia 2020 susulan keputusan kerajaan menangguhkan kejohanan tertua Asia Tenggara itu satu keputusan yang berat untuk diterima.

Menurut Tunku Ismail, kes COVID-19 semakin meningkat dan situasi tersebut akan menjejaskan kelangsungan hidup jika ia berterusan.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman COVID-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamed Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Ini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko,” katanya dalam kenyataan laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

Liga Juara-Juara AFC 2020 Zon Timur dijadual berlangsung dari 18 November hingga 13 Disember, dengan JDT yang merupakan juara Liga Super 2020 dijangka meneruskan kempennya dalam saingan Kumpulan G.

“Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sudah menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara,” kata TMJ.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan JDT tidak dibenarkan ke luar negara susulan keputusan kerajaan yang masih kekal menutup pintu sempadan negara.

MKN turut membatalkan saingan Piala Malaysia 2020 selepas berpendapat sukan itu melibatkan sentuhan antara pemain yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19. – BERNAMA

Tags: Covid-19JDTTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Akan Pastikan Projek 2020 Dilaksana Sepenuhnya

Next Post

Lebih 1.3 Juta Penduduk Dunia Maut Akibat Covid-19

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Lebih 1.3 Juta Penduduk Dunia Maut Akibat Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd