• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Pastikan Projek 2020 Dilaksana Sepenuhnya

oleh
15/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara akan mempengerusikan satu mesyuarat dalam masa terdekat bagi memastikan projek tahun 2020 dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Mustapa dalam satu kenyataan semalam berkata mesyuarat yang akan turut disertai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan beberapa kementerian yang utama akan turut membincangkan pelan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan 2021.

“Di bawah pakej Prihatin, Kerajaan telah memperuntukkan RM4 bilion untuk projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor kelas G1 dan G2 manakala dalam Belanjawan 2021 pula, sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan. 

“Ini akan memanfaatkan kira-kira 54,000 kontraktor kelas G1 dan 24,000 kontraktor kelas G2 di seluruh negara,” katanya.

Mustapa berkata walaupun ekonomi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, keadaan ini masih jauh daripada keadaan sebelum krisis memandangkan vaksin COVID-19 masih belum berjaya dengan sepenuhnya dan sempadan negara masih ditutup.

Justeru, dalam menjalani kehidupan normal baharu ‘bersama’ COVID-19, kita perlu terus mencari jalan yang kreatif untuk memastikan kelangsungan ekonomi tidak terjejas. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku ketiga 2020 yang mencatatkan penguncupan 2.7 peratus, adalah lebih baik berbanding dengan jangkaan konsensus Bloomberg yang menganggarkan penguncupan sebanyak 4.0 peratus dan ini memberi petunjuk yang jelas negara berada dalam landasan yang tepat untuk pemulihan. 

Beliau turut menjelaskan setakat 8 November 2020, sebanyak 80.6 peratus daripada RM64.96 bilion peruntukan perbelanjaan pembangunan 2020 telah dibelanjakan. – BERNAMA

Tags: EkonomiMustapa Mohamedprojek pembangunan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

Peruntukan KPKT RM430.26 Juta, 80 Projek Pembangunan di Negeri Sembilan – Nga Kor Ming

Peruntukan KPKT RM430.26 Juta, 80 Projek Pembangunan di Negeri Sembilan – Nga Kor Ming

12/07/2026
0

SEREMBAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM430.26 juta bagi melaksanakan 80 projek pembangunan utama di Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd