• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Mohon Maaf, Henti Hukum Kami”

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bagi bekas pesakit Covid-19, seperti Mohd Adli Mohamad dan anggota keluarganya, kecaman, persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat adalah ‘lebih sakit dan derita’ berbanding pertarungan melawan Covid-19.

Mohd Adli, 36, mengakui beliau dan keluarganya kini seolah-olah ‘dihukum’ seluruh penduduk kampung, selepas seorang daripada ahli keluarganya, dikenal pasti sebagai kes indeks dalam kluster Matang, iaitu kluster terbesar Covid-19 di daerah Hulu Terengganu, ketika ini.

Keluarganya menjadi sasaran kemarahan orang ramai kerana dikatakan menjadi punca jangkitan 127 individu lain yang dikesan positif Covid-19 dan terus merebak ke tiga kampung berdekatan sehingga mencetuskan rantaian jangkitan kluster baharu yang lain.

“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada masyarakat di Hulu Terengganu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Telemong kerana kesukaran yang dihadapi mereka ketika ini, sentiasa hidup dalam kebimbangan disebabkan penularan Covid-19 yang begitu meluas dan pantas.

“Namun, apa yang terjadi bukan disengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa. Harapan kami agar masyarakat tidak berterusan ‘menghukum’ keluarga kami kerana ia sangat mengganggu emosi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengimbau detik bermulanya insiden berkenaan, Adli berkata, kepulangan abang iparnya, ke Kampung Matang Ramadan lalu kerana ingin memastikan isteri yang baru bersalin dapat menjalani tempoh berpantang dengan sempurna.

“Dia mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri, malah sudah melakukan ujian calitan dan disahkan negatif Covid-19, namun entah bagaimana dia akhirnya positif penyakit itu tidak lama kemudian.

“Sekelip mata, seorang demi seorang daripada 48 ahli keluarga kami (termasuk keluarga abang ipar) disahkan positif dan terus menerima rawatan di hospital serta menjalani tempoh kuarantin di lokasi yang ditetapkan kerajaan.

“Mungkin ada kesilapan kami yang cuai dalam pergaulan menyebabkan ramai ahli keluarga dijangkiti Covid-19,” katanya.

Namun, apa yang membuat Mohd Adli terkilan ialah setelah semua ahli keluarganya pulih, penerimaan masyarakat terhadap keluarganya masih dingin, sehinggakan beliau pernah terfikir untuk membawa keluarganya berpindah ke tempat lain.

“Sangat menyedihkan apabila seorang daripada ahli keluarga kami yang ingin membeli barangan keperluan di kedai, namun tiada yang mahu berurusan kerana bimbang dijangkiti sedangkan dia sudah pulih sepenuhnya dari penyakit itu.

“Akhirnya, dia terpaksa meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membeli segala barangan keperluan di tempat lain yang agak jauh dari kediaman sendiri kerana tidak mahu mencetuskan suasana tidak harmoni di kampung,” katanya.

Mohd Adli bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung terhadap layanan dingin mereka kerana akur ia berpunca dari salah faham berkaitan Covid-19.

“Walaupun telah diberi penerangan kami tidak lagi menjangkiti sesiapa selepas selesai menerima rawatan di hospital, segelintir penduduk kampung masih tidak dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Namun, kami tetap tabah dengan ujian ini dan berharap semuanya akan kembali normal,” katanya yang mahu semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tidak melalui pengalaman pahit seperti dialami keluarganya. – BERNAMA

Tags: Covid-19hulu terengganukluster matang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Kemuka Usul Tamat Darurat Kepada Agong

Next Post

Pemuda UMNO Desak Moratorium Automatik Diperluaskan

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Pemuda UMNO Desak Moratorium Automatik Diperluaskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd