Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Isu Fathia Solat Dalam...

PELAKON, Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian apabila videonya sedang solat dalam kereta...

MP BN Mohon Batal...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh memohon untuk membatalkan...

Muhyiddin Minta Puad Mohon...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad...

Ika Nabella Dedah Azma...

AKIBAT cedera ditumbuk seorang pengarah, pelakon Ika Nabella bertindak menarik diri daripada terus...

Pemuda UMNO Desak Moratorium Automatik Diperluaskan

SHAH ALAM – Pemuda UMNO mengulangi desakannya kepada kerajaan untuk membincangkan pemberian moratorium secara automatik dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung pagi Rabu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gesaan pemberian moratorium automatik tanpa caj dan faedah tambahan kepada kumpulan M40 selama tiga bulan itu telah disampaikan melalui menteri yang mewakili Barisan Nasional (BN) termasuk menteri kanan.

Menurutnya, dua isu lain yang turut diminta untuk dibawa dalam mesyuarat itu ialah akses rakyat kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta intervensi segera kerajaan terhadap kenaikan mendadak harga minyak masak.

“Kenaikan itu dijangka akan memberi kesan kepada peningkatan harga barangan keperluan lain termasuk makanan.

“Moga ada sinar di hujung terowong,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.


Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pilihan moratorium automatik akan diberikan kepada kumpulan yang terjejas bermula Jun.

Muhyiddin berkata, kumpulan yang boleh mendapatkan pilihan moratorium itu ialah golongan B40, individu kehilangan pekerjaan dan perusahaan mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Menurutnya, kumpulan terbabit boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan. – Sinar Harian

Kategori