• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Rt COVID-19 Di Negara Kembali Meningkat

oleh
16/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan peningkatan sejak tiga hari lalu kepada 0.94 semalam, namun angka itu belum membimbangkan kerana masih di bawah 1.0.

Data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook semalam, menunjukkan nilai Rt meningkat tiga hari berturut-turut daripada 0.91 pada Ahad lalu kepada 0.92 pada Isnin dan 0.94 semalam.

Selain itu, data itu turut menunjukkan tujuh negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan semalam, iaitu antara 0.96 hingga 1.05.

Nilai Rt tertinggi 1.05 dicatatkan oleh Labuan, disusuli Sabah (1.04), Negeri Sembilan (1.03), Sarawak (1.01), Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97) dan Selangor (0.96).

Negeri lain pula mencatat nilai Rt antara 0.76 hingga 0.89, dengan Kelantan mencatat Rt terendah.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Dalam pada itu, graf dikongsi Dr Noor Hisham menunjukkan penularan wabak COVID-19 mula menunjukkan trend menaik, selaras peningkatan Rt selama tiga hari berturut-turut.

Graf itu menunjukkan, jumlah kes harian berpotensi turun sehingga mencecah bawah 4,000 kes menjelang hujung bulan ini.

Bagaimanapun, peningkatan Rt ketika ini menyaksikan kes harian berisiko kembali meningkat jika tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkurangan dan jumlah kes harian kembali meningkat. – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ronaldo Punca Coca-Cola Rugi Besar

Next Post

Pemberian Vaksin Harian COVID-19 Lepasi 200,000 Dos

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Pemberian Vaksin Harian COVID-19 Lepasi 200,000 Dos

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd